Ketahuilah Teknik Sebenar Di Dalam Mendidik Anak! Jadikan Anak Anda Seorang Anak Yang Sihat, Ceria

Monday, December 16, 2013



Info untuk ibubapa

Bayi Jatuh Katil

======================================================

Soalan:
- Saya mempunyai seorang bayi lelaki yang berusia tujuh bulan. Ketika usianya lima dan enam bulan, dia telah terjatuh dari katil dengan ketinggiannya kira-kira paras lutut seorang dewasa dalam keadaan terlentang di lantai simen.

-Apabila terjatuh, bayi saya menangis kuat dan kelihatan terkejut. Tetapi tidak sebarang benjol di badan atau kepalanya. Saya amat bimbang dan takut sekiranya berlaku gegaran di otak atau kecederaan di kepalanya. Saat itu saya sangat panik dan tidak tahu apa yang patut dilakukan. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya berhadapan dengan kejadian seperti ini? Bagaimana untuk saya pastikan bahawa bayi saya selamat dan tidak tercedera?

======================================================

Jawapan:

-Kecederaan yang akan dialami oleh bayi jika terjatuh bergantung kepada kekuatan hentakan kepala dan bagaimana cara mereka terjatuh. Kebanyakan kejadian lain, mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Saya ingin menasihatkan dan mengingatkan puan supaya tidak meninggalkan bayi keseorangan di atas katil tidak kira berapa umur mereka. Ini kerana, jika bayi terjatuh dan mengalami perdarahan di dalam otak, ia mungkin agak susah dirawat dan mungkin akan menyebabkan komplikasi yang serius dan berpanjangan.

-Jika bayi terjatuh, kita harus memastikan tiada pendarahan berlaku. Mereka harus diperhatikan selama lebih kurang 48 jam dan jika terdapat tanda-tanda seperti muntah-muntah, tidak aktif dan lemah atau sawan, segera dibawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

SUMBER DARI MAJALAH PA N MA

https://www.facebook.com/littlemiqaelshop
http://www.littlemiqaelshop.com/
Children's Clothing Store · Toy Store





No comments:

Post a Comment

Find Mylittlemiqael at Facebook

Followers

Masukkan email anda disini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
NOW WE ACCEPT CREDIT CARD !!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.