Ketahuilah Teknik Sebenar Di Dalam Mendidik Anak! Jadikan Anak Anda Seorang Anak Yang Sihat, Ceria

Thursday, January 1, 2015

Rangsang Anak Bijak Bergaul

Suner daripada majalah Pa N Ma
Kanak-kanak mempunyai pelbagai karektor. Ada yang jenis pemalu sukar bercampur gaul dengan rakan sebaya, ada yang terlalu peramah hingga menyebabkan rakan terasa rimas, ada juga yang suka mengacau sehingga membuatkan orang lain tidak suka berkawan dengannya.
Apakah jenis karektor anak anda? Sebenarnya perkembangan sosial si manja boleh dirangsang oleh ibu bapa sendiri. Bersosial tidak hanya meliputi kemahiran bercakap dan bagaimana untuk mendapatkan kawan. Ia meliputi etika dan tata cara yang betul dalam pergaulan seharian. Pelajari cara-caranya!
*Berikan perhatian
Kanak-kanak sering menunjukkan masalah sosial dan perkembangan yang tidak normal apabila mereka kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa. Cuba tambah sesi bermain bersama, berkomunikasi dan kurangkan penggunaan perkataan “tidak” atau “jangan”. Berikan mereka peluang meneroka persekitaran.
*Rakan bermain
Sekiranya anda keluar bersantai minum petang bersama rakan, rancang sekali perjumpaan anak anda dengan anaknya (sebaya atau usia tidak jauh beza) supaya mereka boleh bermain bersama. Biarkan mereka berkenalan dan bermain bersama sementara anda dan rakan dengan aktiviti orang dewasa.
*Bawa keluar
Bawa si kecil ke majlis atau tempat yang mempunyai ramai orang. Contohnya, majlis keramaian atau perpustakaan. Kanak-kanak akan menyerap apa yang dilihat. Mereka boleh melihat dan mendengar pelbagai jenis komunikasi. Bawa juga anak bermain di taman permainan. Sambil bermain, mereka akan belajar bergaul dengan kanak-kanak lain. Si kecil perlu dilatih untuk berkongsi, menyelesaikan konflik sesama rakan sebaya serta menikmati keseronokan bermain bersama.
*Berlakon bermain
Luangkan masa bersama untuk mencipta satu permainan suasana. Misalnya anda melakonkan watak tertentu dan dia pula memegang peranan watak yang perlu berkomunikasi. Sebagai contoh, anda melakonkan watak pesakit dan anak menjadi doktor atau jururawat. Gunakan dialog yang sopan, perkataan yang mudah dan suasana yang mesra dan ceria. Ia melatih anak menjadi kreatif dan bijak bersosial.
*Kelas hujung minggu
Kini ada banyak kelas bersosial khusus untuk kanak-kanak pada hujung minggu. Anda boleh pilih mana-mana yang sesuai mengikut minat dan personaliti si manja seperti kelas memasak, kelas kraf, kelas berenang dan sebagainya. Selain belajar kemahiran berkomunikasi, mereka juga menimba ilmu yang bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Find Mylittlemiqael at Facebook

Followers

Masukkan email anda disini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
NOW WE ACCEPT CREDIT CARD !!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.