Ketahuilah Teknik Sebenar Di Dalam Mendidik Anak! Jadikan Anak Anda Seorang Anak Yang Sihat, Ceria

Tuesday, December 24, 2013

Info untuk ibu-ibu mengandung


Bahayakah Demam Ketika Hamil


Sudahlah tidak selesa dengan alahan mengandung yang dihadapi, Anne terpaksa pula menahan kesakitan akibat demam yang dihadapi. Sudah dua hari badannya terasa sengal dan suhu panas yang merimaskan.

Demam ketika hamil memang sesuatu yang patut dirisaukan oleh bakal ibu. Jika boleh ibu mahu mengelakkan daripada terkena demam namun ujian Allah siapalah yang mampu menahannya. Mahu atau tidak, ibu perlu menerimanya dengan hati yang reda.

Mengikut kamus perubatan, demam sebenarnya adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan kuman dan penyakit-penyakit lain. Ia bukanlah satu penyakit tetapi gejala yang menjadi petunjuk seseorang menghidap sesuatu penyakit.

Demam yang agak tinggi dengan suhu melebihi 39.5 darjah Celcius mungkin boleh memberikan risiko kepada bayi dalam kandungan. Ibu yang mengalami demam teruk di awal kehamilan, boleh mengganggu proses pembentukan fizikal bayi.

Bayi yang dilahirkan berisiko lebih tinggi mengalami masalah spifina bifida terutama sekiranya ibu demam semasa proses pembentukan saraf tunjang pada hari ke-20 hingga 28 selepas telur disenyawakan.

Sebaiknya, ibu hamil yang mengalami demam prihatin dengan bacaan suhu badan sendiri. Guna termometer yang dapat memberitahu bacaan suhu badan yang tepat. Minum air suam sebanyak yang boleh kerana badan sedang mengalami dehidrasi akibat demam.

SUMBER DARI MAJALAH PA N MA
www.littlemiqaelshop.com

No comments:

Post a Comment

Find Mylittlemiqael at Facebook

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
NOW WE ACCEPT CREDIT CARD !!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.