Ketahuilah Teknik Sebenar Di Dalam Mendidik Anak! Jadikan Anak Anda Seorang Anak Yang Sihat, Ceria

Thursday, December 19, 2013



Faham Tingkah laku Anak

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

+ Dalam perkembangan mental kanak-kanak, selain daripada perkembangan kognitif iaitu pemikiran dan fungsi otak, aspek perasaan dan tingkah laku emosi tidak kurang penting. Ia boleh diklasifikasikan dalam dua perkara iaitu:

+ Faktor luaran - kanak-kanak sering menunjukkan emosi melalui riak muka seperti ketawa, senyum, menangis, bermasam muka, tidak berkata-kata dan sebagainya.

+ Faktor dalaman - perasaan emosi yang dilahirkan melalui tingkah laku emosi yang berubah-ubah mengikut tindak balas emosi untuk menarik perhatian penjaga atau rakan sebaya.

+ Emosi adalah penggerak pada tingkah laku kanak-kanak dan merupakan cara termudah untuk mereka melahirkan apa yang difikirkan dan dirasakan. Segala situasi yang berlaku di sekeliling dan perubahan yang dilalui akan mempengaruhi tingkah laku emosi seperti meradang, marah, naik angin, takut, benci dan sebagainya.

+ Situasi yang melibatkan tingkah laku emosi kadang kala sukar dinilai terutama di kalangan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana perubahan yang berlaku dalam diri kanak-kanak tidak seimbang.

+ Setiap perubahan yang berlaku adalah disebabkan perubahan luaran dan dalaman yang berkait rapat dengan perubahan biologi yang kurang konsisten. Seorang kanak-kanak dalam masa yang sama harus mengimbangi perubahan diri dan juga penyesuaian faktor luarannya.

+ Ia mempengaruhi sikap ibu bapa terhadap reaksi kanak-kanak. Sekiranya ibu bapa kurang sensitif dengan perubahan emosi dan biologi kanak-kanak itu, kanak-kanak yang bijak akan mula memanipulasi ibu bapa untuk memenuhi kehendak mereka.
------------------------------------------------------------------
SUMBER DARI MAJALAH PA N MA

#mylittlemiqael
#muhamadzahirimfb


www.littlemiqaelshop.com
https://www.facebook.com/littlemiqaelshop


No comments:

Post a Comment

Find Mylittlemiqael at Facebook

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
NOW WE ACCEPT CREDIT CARD !!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.