Ketahuilah Teknik Sebenar Di Dalam Mendidik Anak! Jadikan Anak Anda Seorang Anak Yang Sihat, Ceria

Sunday, December 15, 2013

Jangan Ajar Bercakap Pelat
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

+ Memang seronok melayan bayi bercakap. Dalam bahasa bayi yang kedengaran lucu pasti kita tak kering gusi mendengarnya. Apatah lagi ia disertakan dengan mimik muka si comel yang tidak puas dipandang. Rasa terhibur sangat.

+Bayi anda akan mula bercakap dalam bahasanya sendiri tidak kira malam, siang, pagi atau ketika terjaga dari tidur. Keinginannya untuk meningkatkan kemahiran pertuturan perlu diberi galakan. Bagaimanapun jangan sekali-kali anda turut meniru gaya si kecil bercakap. Misalnya ‘aaa’, ‘aaau’, ‘uuu’ dan sebagainya.

+ Tanpa anda sedari perbuatan tersebut akan menggalakkan bayi belajar bercakap secara pelat. Anak-anak kecil mudah terpengaruh dengan perkara pertama yang mereka dengar. Untuk merangsang kemahiran pertuturan si kecil, anda perlu rajin bercakap dengan mereka sejak usia bayi lagi.

+ Walaupun ketika itu bayi anda tidak faham apa yang dituturkan tetapi bayi boleh menyimpan apa yang didengar dalam kotak memorinya. Pastikan anda sentiasa bercakap dalam bahasa yang betul iaitu tidak pelat dengan anak kerana mereka akan meniru kata-kata yang keluar dari mulut ibu bapa.

SUMBER DARI MAJALAH PA N MA


http://www.littlemiqaelshop.com/
https://www.facebook.com/littlemiqaelshop

No comments:

Post a Comment

Find Mylittlemiqael at Facebook

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
NOW WE ACCEPT CREDIT CARD !!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.