Ketahuilah Teknik Sebenar Di Dalam Mendidik Anak! Jadikan Anak Anda Seorang Anak Yang Sihat, Ceria

Wednesday, December 17, 2014

Dalam paparan bulan lepas, kita telah tahu bagaimana tangisan rutin bayi boleh dikenal pasti. Jadi, mari kita mula mengenal pasti bunyi tangisan pertama dari lima bunyi keseluruhan iaitu “Neh” yang bermaksud  ‘saya lapar’.
Apabila paras glukosa dalam badan bayi menurun, otot perutnya akan mula berkontraksi dalam gerakan menyedut (sucking) sebagai tanda bersedia menerima makanan baru. Bila bunyi ditambah kepada refleks menyedut ini, bunyi “Neh” akan terhasil.
Kita juga boleh meniru bunyi ini dengan cara meletakkan lidah ke belakang barisan gigi atas dan menolak lidah menyentuh lelangit. Ia adalah gerakan biasa lidah bayi yang kelaparan dan mencari-cari sesuatu untuk dihisap. Pada ketika ini, jika anda cuba membuat bunyi, bunyi yang akan kedengaran adalah bunyi “Nnnnn..”. Sekarang, cuba buka mulut anda selebar-lebarnya, sama seperti bayi yang menangis dengan mulut yang terbuka luas, sambal mengekalkan gerakan lidah tadi dan bunyi “Neh” akan terhasil!
“Neh” adalah bunyi yang paling kerap dibuat oleh bayi kerana secara purata, bayi menyusu sebanyak 8 -12 kali dalam sehari. Bayangkan masa yang dapat anda jimat dan ‘amukan’ bayi yang dapat dielakkan jika anda memahami bunyi “Neh” ini . Mengapa perlu meneka dan mengagak-agak jika anda memang boleh mengenal pasti tangisan laparnya?
Contohnya, ada ramai ibu terutama ibu baharu yang kurang pengalaman, amat berpandukan jadual kekerapan menyusu bayi bagi setiap 2 - 4 jam berdasarkan bacaan mereka di majalah atau artikel keibubapaan. Dalam situasi bayi menangis selepas hanya 30 minit setelah disusukan, bagaimana anda yakin bahawa bayi bukan menangis kerana lapar?
Adakah semata-mata kerana hakikat bayi baharu disusukan sebentar tadi?. Ada juga ibu atau penjaga bayi yang panik setiap kali bayi menangis dan tidak mampu berfikir tentang perkara lain yang mungkin diinginkan bayi pada ketika itu selain susu. Maka, bayi akan diberikan susu pada hampir setiap kali dia menangis walaupun mungkin sebenarnya bayi ‘memaksudkan’ perkara lain.
Bayi kecil tetap akan menerima susu yang diberi kerana tidak pandai berkata "tidak" atau menggelengkan kepala. Hasilnya, bayi mungkin muntah kerana muak. Lebih memburukkan, jika bayi sebenarnya sedang membuat tangisan mengantuk, anda pula terpaksa mengambil masa menukar bajunya, baju anda atau alas tidurnya yang terkena muntah. Bayi menjadi makin tertekan, menangis lebih kuat dan anda menjadi kelam kelibut.
Memahami bunyi “Neh” membantu anda menyusukan bayi mengikut keperluan, pada bila-bila masa. 
Secara tak langsung, keperluan nutrisi dan kalori harian bayi dipenuhi dengan tepat. Anda boleh mendapatkan DVD Dunstan Baby Language untuk mempelajari bunyi “Neh” ini sendiri. Selamat mencuba!.
Uswatun Hasanah Bt Mohd Habib
National Trainer Baby Language Malaysia
The Happiest Baby Certified Educator
Facebook/Instragram : baby language
Tel: 012-6724705

No comments:

Post a Comment

Find Mylittlemiqael at Facebook

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
NOW WE ACCEPT CREDIT CARD !!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.