Ketahuilah Teknik Sebenar Di Dalam Mendidik Anak! Jadikan Anak Anda Seorang Anak Yang Sihat, Ceria

Friday, June 27, 2014

Ramai kanak-kanak perempuan suka cerita Frozen

Ini sinopsis cerita Frozen sumber dari Wikipedia
Frozen: Anna & Permaisuri Salji[3] ialah sebuah filem komedi fantasi-muzikal dari Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh Walt Disney Animation Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Pictures.[2] Ia merupakan filem animasi ke-53 di dalam siri Filem Klasik Animasi Walt Disney. Berkisarkan daripada kisah dongeng Permaisuri Salji oleh Hans Christian Andersen, filem ini menonjolkan suara Kristen Bell, Idina Menzel, Jonathan Groff, Josh Gad dan Santino Fontana.




Filem Frozen: Anna & Permaisuri Salji mengisahkan seorang puteri yang berani dalam sebuah perjalanan epik bersama-sama seorang lelaki gunung yang lasak, rusa peliharaan yang setia dan orang salji untuk mencari kakaknya yang mempunyai kuasa ais, dan menyebabkan kerajaannya berada dalam keadaan musim sejuk abadi.

Jalan cerita
Ada dua orang Puteri Arendelle: Elsa (Idina Menzel), si bakal Permaisuri, dan Anna (Kristen Bell). Elsa dirahmati – atau mungkin disumpah, menurut yang berlaku – dengan kuasa untuk mencipta salji dan ais. Selepas menyalahgunakan kuasanya, dia pergi bersembunyi, hanya untuk emosinya mencetuskan musim sejuk magis dan abadi yang membekukan kerajaan Arendelle. Duke Weselton (Alan Tudyk) yang angkuh merancang untuk meyakinkan semua untuk menentang si raksasa, Elsa, untuk kepentingan jahatnya tersendiri.
Anna, seorang optimist yang berani, mesti mengharungi sebuah pengembaraan epik bersama dengan orang gunung ekstrem Kristoff (Jonathan Groff) dan rusa kutub pembantu Sven, menghadapi troll mistik, orang salji yang lawak bernama Olaf (Josh Gad), keadaan ekstrem seperti Gunung Everest dan magik di setiap penjuru dalam perlumbaan untuk mencari Elsa (kini dikenali sebagai Permaisuri Salji), menyelamatkan kerajaan mereka daripada musim sejuk abadi, dan membetulkan keadaan.

#mylittlemiqael

mylittlemiqael.blogspot.com




No comments:

Post a Comment

Find Mylittlemiqael at Facebook

Followers

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails
NOW WE ACCEPT CREDIT CARD !!

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.